Friday, May 15, 2009

VISTA TIPS DAN TRICKS


1.Menukarkan Start Menu seperti dalam Windows XP.
Right Klik Start Button, klik Properties, pilih Classic Start Menu dan klik OK

2. Menambahkan "Open With Notepad" pada Right Klik menu tetikus.
Jika anda seorang yang kerap menggunakan notepad untuk membuka sebarang teks fail maka trick ini sangat berguna bagi anda kerana setiap kali anda menekan right klik pada fail tersebut akan ada opsyen Open With Notepad. Langkahnya seperti berikut:
Buka program notepad dan copy paste kod dibawah

Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_CLASSES_ROOT\*\shell\Open with Notepad]
@=”"

[HKEY_CLASSES_ROOT\*\shell\Open with Notepad\command]
@=”notepad.exe %1″

kemudian SAVE AS (tulis nama fail) dan letakkan dot(.) reg dibelakangnya. Contoh "fix.reg" Double klik reg fail tadi dan opsyen Open With Notepad akan wujud pada Right Klik Menu tetikus anda

3. Menukarkan Windows Vista Product Key selepas install.
Mungkin anda perlu menukarkan Product Key jika proses mengaktivatkan Vista anda gagal. Caranya ialah menggunakan Command Prompt seperti berikut: Klik Start Menu, taip cmd dalam kotak Search dan shortcut untuk Command Prompt akan keluar. Right Klik Command Prompt dan pilih opsyen Run as Administrator. Dalam Administrator Command Prompt taip

slmgr.vbs -ipk ProductKey dan Enter

Untuk mengaktivatkan Vista selepas menukar Produk key taip

slmgr.vbs -ato dan Enter

Untuk menyemak status sama ada Vista anda telah diaktivatkan sepenuhnya taip:

slmgr.vbs -xpr dan Enter

tunggu beberapa saat (agak lama untuk respon) dan satu pop up akan keluar "The Machine is Permanently Activated"




0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

 

SEMBANG SEMBANG KOMPUTER Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template